Saturday, August 22, 2015

SOALAN PERCUBAAN KELANTAN SEJ P2 2015

1. Bincangkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliyah selepas kedatangan Islam.

A. Pengenalan  

1. Latar belakang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam
Masyarakat Arab terdiri daripada dua kelompok masyarakat iaitu masyarakat Hadari dan  masyarakat Badwi. Terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani Hasyim, Bani ‘Adi, Bani Ta’im, Bani Umayyah.
2. Masyarakat Arab selepas Islam
    Terdiri daripada golongan Muhajirin, Ansar dan Mawali. Golongan Muhajirin  iaitu masyarakat Islam yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dan golongan Ansar iaitu penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah dipersaudarakan. 

B. Isi

Perubahan – perubahan dalam masyarakat Arab selepas kedatangan Islam
1. Agama dan kepercayaan
Zaman jahiliah
•  Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul.
•  Agama penyembahan berhala paling dominan kerana sebahagian besar masyarakat Jahiliyah   
   menganut agama ini.
• Terdapat agama langit iaitu Nasrani dan Yahudi tetapi telah diselewengkan oleh paderi   
   mereka untuk kepentingan diri sendiri.
•  Selain itu, terdapat agama Majusi iaitu pengaruh daripada Parsi.
•  Antara kepercayaan yang diamalkan adalah tilik nasib, sangka baik dan sangka buruk,
   animisme dan sihir.
Zaman Islam
•  Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa. Mentauhidkan Allah dan mengakui kerasulan
   Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir.
·      Melakukan perkara-perkara yang yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.
•  Mengamalkan prinsip-prinsip rukun Iman dan rukun Islam

2. Akhlak
Zaman jahiliah 
• Mengamalkan moral dan akhlak yang sangat buruk dan tiada batas kesopanan dan kemanusiaan.
•  Suka melakukan perbuatan seperti zina, minum arak, bunuh anak perempuan.
Namun begitu masyarakat Arab jahiliyah juga mempunyai amalan baik seperti menghormati tetamu, taat kepada ketua dan tidak mungkir janji.
Zaman Islam
• Kedatangan Islam telah mengubah akhlak masyarakat Arab kepada perkara-perkara yang baik dan mengamalkan akhlak Islam seperti  hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain dan melarang perbuatan seperti zina dan minum arak.

3.  Politik
Zaman jahiliah
     Kebanyakan kerajaan yang wujud pada zaman Arab Jahiliyah adalah tidak bersatu dan tidak sistematik kecuali Makkah. Di Makkah struktur politiknya agak jelas, seperti terdapat Darul Nadwah yang merupakan jabatan pentadbiran yang dipimpin oleh syeikh.
     Hal ini kerana kebanyakan wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara.
     Masyarakat arab Jahiliyah mengamalkan sistem berkabilah dan  setiap kabilah diketuai oleh  seorang syeikh kabilah.  Semangat assabiyah dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah sering mencetuskan peperangan antara suku walaupun berpunca daripada masalah kecil.
Zaman Islam
     Mengamalkan sistem pemerintahan sistem pemerintahan yang teratur dengan berlandaskan al Quran dan Hadis.
     Dengan adanya Piagam madinah ia menjadi teras bagi pembinaan sebuah negara Islam madinah
     Dari segi politik kemasyarakatan, Islam menekankan konsep ummah tanpa merujuk kepada kaum dan kelas.
4.  Ekonomi
Zaman jahiliah
•    Mengamalkan eksploitasi perdagangan satu hala dengan   mengenakan tekanan terhadap      
     kaum Badwi.
·      Aktiviti ekonomi banyak yang bertentangan dengan syariat Islamiah seperti menjual berhala, amalan riba, menipu dan menjadikan aktiviti merompak sebagai sumber ekonomi mereka.
·      Selepas keruntuhan empangan Maarib ekonomi masyarakt jahiliyah sangat meruncing.  Kegiatan pertanian merosot kerana mereka tiada pengetahuan untuk membangunkan semula empangan tersebut.
Zaman Islam
•   Memperkenal dasar ekonomi mengikut syariat Islam sebagai contoh menghapuskan riba,   
     menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan.
• Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian dan  perniagaan. Hal ini menyebabkan ekonomi umat Islam meningkat maju sehingga dapat mengatasi   kegiatan monopoli orang Yahudi dalam ekonomi.
5. Ilmu Pengetahuan
Zaman jahiliah
·      Majoriti masyarakat Arab Jahiliyah  buta huruf, hanya 17 orang sahaja yang celik huruf.
·      Mewarisi pengetahuan tentang ilmu bintang, ilmu tilik dan ilmu keturunan. Pemerolehan ilmu adalah terhad dan menyebabkan perkembangan ilmu pengetahuan hanya bersifat hafalan dari satu generasi ke satu generasi.
Zaman Islam
·      Terdapat pembahagian ilmu seperti Al-Quran dan ilmu tafsir.
     Terdapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan Islam dengan wujudnya cabang-cabang ilmu seperti fiqah, tauhid, sirah dan hadis.
     Masjid dijadikan sebagai tempat mengembangkan ilmu pengetahuan, sebagai contoh masjid Nabawi di Madinah.

6. Kesusasteraan
Zaman jahiliah
•  Masyarakat Arab Jahiliyah mempunyai kemahitran dalam bersyair dan berkhutbah.
•  Terdapat hasil-hasil karya mereka berbentuk sastera kreatif tetapi kandungan isi adalah  berbeza dengan  zaman Islam seperti memuja kecantikan wanita, keseronokan minum arak dan sebagainya.



Zaman Islam
• Kebanyakan hasil sastera Islam adalah bertunjangkan kitab al Quran dan hadis Nabi Muhammad dengan mentauhidkan Allah yang esa. Hasil-hasil karya bebas dari unsur pemujaan dan berbentuk kesucian dan kebesaran Allah swt.

7. Kelas masyarakat
Zaman jahiliah
•  Iaitu mengamalkan sistem perhambaan, semangat assabiyah, mementingkan kedudukan dalam masyarakat, wanita dan hamba dianggap paling hina.
Zaman Islam
•  Mengamalkan perpaduan ummah, menganjurkan persamaan taraf  dan semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah kecuali mereka yang bertakwa.

8. Maruah wanita
Zaman jahiliah
•  Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat, fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.
•  Menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia, contohnya, Bani Tamim
Zaman Islam
•   Memuliakan kedudukan wanita, maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara dan dijaga. Wanita juga boleh mewarisi harta mengikut hukum dan syariat yang digariskan Islam.

9. Peperangan
Zaman jahiliah
•   Mengamalkan bentuk peperangan yang malampaui batas seperti dalam perang Al Basus.
     Mengamalkan sifat balas dendam dan suka berperang walaupun melibatkan perkara perkara yang kecil
Zaman Islam
•  peperangan adalah merupakan satu bentuk jihad bertujuan mempertahankan agama, maruah diri, bangsa dan Negara
•  Mementingkan konsep persaudaraan berbanding peperangan, sebagai contoh Islam telah berjaya menamatkan permusuhan dalam kalangan golongan Ansar   iaitu suku Aus dan Khazraj melalui rundingan

C. Kesimpulan   
1.    Islam telah menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada berakhlak buruk kepada akhlak  yang mulia dan berperikemanusiaan.
2.    Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.
























2.  Jelaskan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam bidang politik dan sosial.
A.  Pengenalan
1.   Nama sebenarnya  Salah al-Din  Yusof  bin Najmuddin Ayyubi dan nama gelarannya ialah Al-Malik al-Nasir al-Sultan. Di Eropah, beliau digelar sebagai Saladin.
2.   Dilahirkan pada tahun 1138 Masihi di Kota Tikrit dan berketurunan suku Kurdish. Bapanya bernama Najmuddin Ayyubi, gabenor di Tikrit dan Balbek.
3.   Sejak kecil lagi, beliau mendapat pendidikan Islam yang sempurna daripada ayahnya. Hasilnya, beliau mahir dalam ilmu kalam dan perundangan Islam. Beliau juga mendapat pendidikan ilmu ketenteraan dan pertahanan daripada bapa saudaranya, Asaddin Sirkuh (Asaddin Syirkuwah) seorang panglima tentera.
4.   Salehuddin al-Ayyubi merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur pada zaman Perang Salib. Mempunyai keperibadian yang tinggi, mulia, tidak tamak harta dan kedudukan. Beliau terkenal dalam kalangan sejarawan Barat sebagai seorang panglima yang baik hati, pemurah kepada musuh, bertoleransi dan setia pada janji.
5.   Beliau meninggal dunia pada 4 Mac 1193 Masihi di Damsyik pada usia 57 tahun dan meninggalkan jasa dan sumbangan yang cukup besar dalam bidang politik dan sosial.
B.  Isi
Politik
1.    Menentang tentera Salib
·      Mula menyertai peperangan pada tahun 1164 Masihi bersama bapa saudaranya, Sirkuh Ayyubi pada zaman khalifah Nur al-Din.
·      Berjaya menewaskan tentera Salib di bawah pimpinan Amaury I. Pada tahun 1169 Masihi, beliau telah menewaskan tentera Salib di Mesir kerana tentera salib melanggar perjanjian damai yang dimeterai.
·      Dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria selepas kematian Sirkuh Ayyubi. Perlantikan ini membawa kepada kegemilangan dan kemasyhurannya.
·      Dari tahun 1189 hingga 1192 Masihi, beliau  berjaya mengalahkan tentera Salib yang dipimpin oleh Raja Richard, Raja Frederick dan Raja Philip.
·      Beliau dianggap sebagai sultan yang mengembalikan keagungan empayar Islam kerana dengan kekuatan tentera Islam, beliau berjaya menghadapi tentera salib.

2.    Membebaskan Kota Baitulmuqqadis
·      Perang bermula sebagai tindak balas terhadap tentera Perancis yang kejam terhadap pedagang (kafilah) Islam.
·      Berlaku pertempuran dengan tentera Salib di Hittin dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Seramai 10000 orang tentera Salib terbunuh.
·      Beliau menyerang raja Baitulmuqqadis yang hanya dikawal 150 orang pahlawan. Raja Baitulmuqqadis berjaya ditawan dan dihantar ke Damsyik.
·      Beliau mengarahkan Raja Baitulmuqqadis iaitu Guy of Lusignan dan pemerintah Karak iaitu Raynald supaya mengadapnya. Beliau kemudian memancung kepala Raynald kerana sikap biadapnya menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
·      Tentera Islam menguasai wilayah tentera Salib seperti Akka, Tabnin, Saida, Beirut, Asqalan, al-Ramlah, al-Darum, Ghazzah, Baitul Laham, al-Natrun dan Baitulmuqqadis.
·      Akhirnya perjanjian damai ditandatangani, tentera Salib dikehendaki keluar dari Baitulmuqqadis dalam tempoh 40 hari dan beliau mendapat hak menduduki seluruh wilayah Palestin.

3.    Membangun dan memulihkan Negara.
·      Sebagai pengasas Dinasti  Ayyubiyyah, beliau memindahkan pusat pemerintahan ke Mesir yang kekal selama 350 tahun.
·      Memulih benteng kota Kaherah dengan diawasi oleh al-Tawasy Bahauddin untuk mempertahankannya daripada serangan musuh. Kubu turut dibina di Sinai.
·      Membangunkan Pulau al-Raudah dan al-Gizah. Petempatan disediakan dengan kemudahan yang lengkap. Terdapat pasar minggu pada setiap hari Ahad.
·      Menubuhkan Diwan Armada untuk menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang dan armada perang yang besar.
·      Memperkukuhkan Kota Iskandariah bagi mengelakkan serangan tentera Salib dari Perancis.






Sosial
1. Kesihatan
·      Membina sebuah hospital iaitu Bimaristan al-Atiq yang diubah suai daripada dewan istana yang dibina oleh Al-Aziz bin al-Muiz. Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit.
·      Hospital tersebut juga mempunyai ruang khas untuk pesakit wanita. Wad pesakit mental disediakan jaring besi bagi mengelakkan pesakit lain terganggu.
2. Pendidikan
·      Membina banyak sekolah dan menjemput ulama/cerdik pandai.
·      Memperkenalkan system pendidikan pra-sekolah yang dikenali sebagai al-Khatib. Pelajar diajar al-Quran, seni khat, asas matematik, syair dan solat.
·      Mengutamakan pendidikan berasaskan mazhab Sunni dan menghapuskan kepercayaan karut.
·      Mewakafkan sebanyak 32 buah kedai untuk dijadikan sekolah.
·      Turut membiayai gaji guru.
3. Agama
·      Beliau banyak berusaha menyebarkan agama Islam. Oleh itu beliau mengambil berat tentang keutuhan dan kesucian agama Islam.
·      Beliau mendirikan masjid di merata-rata tempat. Masjid dijadikan pusat pembelajaran khususnya ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir. Contohnya masjid Amru al- As.
·      Beliau juga melaksanakan undang-undang Islam dan mengembalikan semula pengaruh mazhab Sunni di Mesir.
C. Kesimpulan
1.   Jasa dan sumbangan Salehuddin al-Ayubbi dihargai oleh masyarakat Islam.
2.   Kejayaan beliau membebaskan semula Baitulmuqqadis merupakan bukti paling ketara yang beliau sentiasa berusaha untuk memartabatkan agama dan negara Islam.
3.   Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah berjaya melaksanakan pelbagai perancangan yang meliputi bidang poltik dan sosial.
3.  Bincangkan  sumber-sumber baitulmal dalam memperkukuhkan ekonomi negara   Islam Madinah pada zaman Khulafa ar-Rasyidin

A.  Pengenalan
1.   Baitulmal merupakan institusi kewangan yang menguruskan harta-harta kerajaan Islam. Baitulmal berfungsi sebagai tempat menyimpan barang-barang yang berharga.
2.   Pada zaman Khulafa ar-Rasyidin banyak harta yang diperolehi oleh kerajaan Islam melalui proses peluasan wilayah.
3.   Tiga jenis sumber harta yang dibenarkan disimpan di dalam baitulmal iaitu harta masyarakat, harta awam dan harta negara.
4.   Terdapat pelbagai sumber pendapatan negara yang disimpan dalam baitulmal iaitu zakat, kharaj, usyur, ghanimah dan al-fay, jizyah, wakaf dan sedekah.  

B. Isi
1.  Zakat
·         Zakat merupakan sumber utama yang diuruskan oleh baitulmal, Terdapat  dua jenis zakat iaitu zakat harta dan zakat fitrah.
·      Zakat fitrah diwajibkan ke atas semua orang Islam, manakala zakat harta pula dibayar oleh orang Islam ke atas pendapatan seperti emas, perak, hasil pertanian dan ternakan.
·      Zakat ini dibayar apabila cukup hasil dan nisabnya.
·      Pembayaran zakat pada zaman khulafa ar-Rasyidin amat ditekankan oleh khalifah Islam, apabila Saidina Abu Bakar telah memerangi orang Islam yang enggan membayar zakat dalam gerakan ar-Riddah.
·      Zakat ini akan diagihkan kepada orang Islam yang layak menerimanya demi menjana ekonomi Islam. Lebihan harta zakat ini akan disimpan dalam baitulmal untuk pembangunan negara.
2.  Kharaj
·      Kharaj merupakan cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik tanah di wilayah-wilayah yang ditakluki.
·      Kadar Kharaj ialah 10 peratus. Kharaj terbahagi kepada 2 jenis iaitu kharaj al-wazifah dan kharaj al-muqasamah.
·      Kharaj  al-wazifah hanya dibayar sekali dalam satu tahun manakala kharaj al-muqasamah pula perlu dibayar setiap kali hasil yang diperolehi.
·      Kutipan kharaj ini meningkat pada zaman Saidina Umar al-Khattab kerana pada masa ini berlaku peluasan wilayah dalam kerajaan Islam.
·      Oleh itu kharaj dapat memperkukuhkan ekonomi masyarakat Islam pada zaman khulafa ar- Rasyidin.
3.  Usyur
·      Usyur merupakan satu lagi sumber baitulmal, usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan keatas semua peniaga Islam dan bukan Islam tetapi kadar yang dikenakan adalah berbeza.
·      Orang Islam dikenakan kadar bayaran 2.5 peratus apabila cukup nisabnya iaitu 200 dirham.
·      Golongan kafir zimmi pula dikenakan 5 peratus dan kafir harbi sebanyak 10 peratus.
·      Kutipan usyur ini dapat menjana ekonomi Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin kerana Madinah telah berkembang sebagai pusat perdagangan yang terkenal di Semenanjung Tanah Arab.
4.  Ghanimah dan al-fay
·      Kedua-dua sumber ini adalah harta rampasan perang. Ghanimah adalah harta yang diperolehi selepas berlaku peperangan, manakala al-fay pula adalah harta yang diperolehi tanpa peperangan, iaitu setelah pihak musuh menyerah kalah.
·      Harta ini adalah harta peninggalan tanpa waris. Bagi memperkukuhkan ekonomi Islam baitulmal telah menetapan 1/5 daripada pengutipan ghaminah akan diperuntukkan kerpada kerajaan Islam Madinah.
·      Harta yang selebihnya akan diagihkan kepada askar-askar yang terlibat dalam peperangan dengan adil.
·      Harta yang disimpan dalam baitulmal akan digunakan untuk kebajikan rakyat dan dapat membangunkan wilayah yang ditakluk oleh tentera Islam.
5.  Jizyah
·      Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dibayar oleh golongan kafir zimmi yang berlindung dalam kerajaan Islam.
·      Kerajaan bukan Islam yang tunduk kepada kerajaan Islam juga perlu membayar jizyah. Sebagai balasan bayaran jizyah, kerajaan Islam memberikan keselamatan nyawa dan harta benda.
·      Kadar jizyah ditentukan oleh khulafa ar-Rasyiddin melalui rundingan. Namun begitu hanya golongan yang cukup syarat sahaja akan dikenakan jizyah.
·      Jizyah ini telah dapat memperkukuhkan ekonomi masyarakat Islam kerana sumber yang disimpan dalam baitulmal digunakan untuk menyediakan kemudahan awam seperti sistem pengairan, masjid dan memperkuatkan pertahanan Islam.
6.  Sedekah dan wakaf
     Merupakan sejumlah harta yang diinfakkan untuk kepentingan masyarakat Islam. Seperti yang dilakukan oleh Saidina Uthman b. Affan dan Abdul Rahman b. Auf.

C.  Kesimpulan
1.   Sumber yang disimpan dalam baitulmal dapat menjamin pembangunan masyarakat Islam pada zaman khulafa ar-Rasyidin kerana baitulmal telah diuruskan dengan sistematik dan telus.
2. Sumber-sumber ini juga dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik dan juga memastikan harta kerajaan Islam dijaga dan diurus berdasarkan syariat Islam.













 4.  Bincangkan ciri-ciri seni bina yang terdapat di Granada pada abad ke 13 Masihi.
A.   Pengenalan
1.     Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk, reka letak yang dibina oleh manusia.
2.   Seni bina Islam merupakan salah satu daripada cabang kebudayaan dan kesenian Islam.
3.   Ia merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluan jasmani
      dan rohani  memandangkan kejiwaan manusia sangat dipengaruhi oleh rohaninya.

B.  Isi
 1.   Kemajuan   dan   perkembangan  seni  bina  dan  seni  ukir pada zaman ini bukan sahaja di
      Granada, tetapi di kawasan-kawasan lain yang diduduki oleh orang Islam Sepanyol.
2.    Kesenian yang lahir di Granada dikenali sebagai kesenian Granada, manakala kesenian di luar Granada dipanggil kesenian Mudejar yang dilahirkan bersama oleh orang-orang Islam dan bukan Islam pada abad ke-13M dan abad ke-14M. Contohnya,  seperti Alcazar di Seville dan Gereja Toledo.
3.    Reka bentuk dan seni bina di Granada melambangkan seni bina dan reka bentuk Islam kerana ia dihasilkan oleh seniman-seniman Islam. Contoh yang paling jelas ialah Istana al-Hamra.
4.   Istana al-Hamra merupakan istana yang dipenuhi dengan hiasan yang berwarna emas dengan reka bentuk yang sangat menarik, mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran sederhana, dua buah dewan besar serta mempunyai halaman yang dihiasi dengan kolam air pancut dan taman.  Di sekitarnya terdapat 128 buah batang tiang bulat yang diperbuat daripada marmar.
5.    Binaan unik dan menarik yang terdapat di Granada ialah dua buah menara yang tinggi dan banjaran berkilauan yang dibina di atas banjaran Sierra Nevada. Kepentingan binaan menara ini ialah kerana dari puncaknya kita dapat melihat keindahan kota Granada dengan taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau.
6.   Binaan lain yang terdapat ialah sebuah masjid kecil yang mempunyai reka bentuk yang indah yang dikenali sebagai Masjid al-Mulk yang telah didirikan oleh Sultan Muhammad II. Di atas pintu masuk masjid berkenaan tertera sepotong tulisan Arab, Azza Maulana al-Sultan-Abdillah, dan di bawah perkataan tersebut terdapat sebuah syair  yang menyentuh kemurnian agama Islam.
7.   Terdapat mihrab pada masjid berkenaan, dengan hiasan yang diperbuat daripada emas dan bertatahkan permata zamrud, yaqut dan sebagainya.
8.    Permukaan dinding masjid berkenaan pula dipenuhi dengan hiasan berukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat menggunakan tulisan Arab, seperti al-Qudratu bi’lLah, al-Mulku li’lLah, La ghaliba illa’lLah.
9.    Satu ciri yang nyata dalam aspek seni bina pada zaman ini ialah terdapatnya ruangan yang berbeza dalam sesebuah bangunan. Umpamanya dalam Istana al-Hamra, mempunyai ruang untuk duta, ruangan persalinan untuk permaisuri, ruangan persiraman diraja dan lain-lain yang menjanjikan kelebihan dan keterasingan yang tersendiri dari segi keindahannya.

C.  Kesimpulan
1.   Meskipun Granada berada di ambang kejatuhan, namun peninggalannya memberikan kesan kepada perkembangan seni bina.
2. Sebagaimana yang berlaku di Cordova, setelah jatuhnya kerajaan Islam, bangunan yang indah telah diambil alih oleh pihak Kristian dengan mengekalkan reka bentuk dan binaan sedia ada.










5. Sejauh manakah kepentingan Terusan Suez mempengaruhi faktor peluasan kuasa Barat ke atas wilayah kerajaan Uthmaniyyah sehingga awal abad ke 20.

A.  Pengenalan
1.   Sejak abad ke 16 Masihi, kuasa Barat khususnya negara-negara Eropah giat melaksanakan perluasan kuasa mereka. Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain mengakibatkan kawasan-kawasan di benua Afrika, Asia dan Amerika menjadi jajahan takluk Negara-negara Barat.
2.   Menjelang abad ke 19 Masihi, orang-orang Eropah mengalihkan perhatian mereka kepada empayar Uthmaniyyah. Mereka ingin menguasai wilayah-wilayah Eropah  yang ada di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Empayar ini diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1281 dan dipimpin oleh 37 khalifah selama lebih 600 tahun mulai merosot pada abad ke 20.
3.   Walaubagaimanapun selain kepentingan Terusan Suez terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhi peluasan kuasa Barat ke atas kerajaan Turki Uthmaniyah seperti persaingan kuasa, revolusi industri, keperluan bahan mentah dan konsep modenisasi.
B.   Isi
1.    Pembinaan dan pembukaan Terusan Suez
·      Perluasan kuasa Barat dipehebatkan selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869. Terusan Suez membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.
·      Sebelum pembukaan Terusan Suez, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut. Melalui pembukaan terusan ini, urusan perdagangan dipercepatkan di samping perjalanan jauh dapat dipendekkan dan kos perdagangan dapat dijimatkan.
·      Britain berminat untuk menguasai Terusan Suez kerana sebahagian besar kapalnya menggunakan terusan tersebut. Peluang terbuka untuk Britain menguasai terusan tersebut timbul pada tahun 1875 apabila Khedif Ismail yang banyak berhutang hampir muflis menyebabkan beliau terpaksa menjual sahamnya dalam Kompeni Terusan Suez.
·      Perdana Menteri Britain ketika itu, Disraeli mengambil kesempatan dengan membeli saham tersebut yang merupakan 45 % jumlah saham (4 juta paun Sterling) dalam kompeni tersebut.
·      Disraeli perlu bertindak dahulu sebelum Perancis mendahuluinya. Dengan cara demikian, Britain memperoleh bahagian yang terbesar dalam kompeni tersebut dan menguasai Terusan Suez. Sehubungan itu, Mesir jatuh ke tangan  Britain.
Faktor-faktor lain
2.    Persaingan kuasa-kuasa Barat
·      Negara-negara Barat seperti Britain, Perancis, Jerman, Austria-Hungary dan Rusia berlumba-lumba untuk merebut wilayah-wilayah empayar Turki Uthmaniyyah.
·      Keluasan tanah jajahan membangunkan kekuatan negara-negara Barat. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diberikan.
·      Perancis telah mencerobohi dan menakluki Algeria dan Tunisia. Pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak dapat mempertahankan kawasan ini kerana masalah dalaman.
·      Rusia juga berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan.
·      Britain pula menguasai Mesir dan Teluk Arab. Britain juga mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah Kuwait dan Amerika untuk menentang pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyyah.

3.    Kesan Revolusi Perindustrian
·      Sektor perindustrian berkembang pesat pada abad ke 18 menyebabkan kuasa Barat melaksanakan dasar perluasan kuasa.
·      Penciptaan enjin berkuasa wap adalah salah satu perkembangan penting dalam proses perindustrian. Sejak awal, kilang-kilang besi bergantung kepada penggunaan kayu arang untuk tujuan melebur besi. Enjin berkuasa wap digunakan secara meluas di lombong-lombong arang batu.
·      Kekayaan sumber dari tanah jajahan memenuhi kehendak kilang-kilang.
·      Perdagangan antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem kewangan yang dinamik. Pinjaman kredit kepada golongan usahawan dan pemodal mendorong perluasan kuasa.
·      Pemodal-pemodal Eropah banyak melabur di Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan dan penyediaan jalan raya dan jalan kereta api.
·      Perluasan kuasa Barat di wilayah-wilayah empayar Uthmaniyyah boleh membawa keuntungan besar untuk penjajahan Barat.

4.    Bahan mentah
·      Kawasan Turki Uthmaniyyah kaya dengan petroleum. Sumber ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi melombong petroleum. Britain, Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu helah untuk mencapai impian mereka.
·      Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu carigali minyak petroleum.
·      Pada awal abad ke 20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain. Penemuan ini menimbulkan persaingan dan konflik antara kuasa-kuasa Barat. Jerman dan Amerika Syarikat juga melibatkan diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyyah.

5.    Konsep Modenisasi
·      Kuasa Barat mengkagumi para tokoh yang menerima baik konsep hidup moden dan menganggap kerajaan Turki Uthmaniyyah yang menolak konsep modenisasi sebagai manusia yang kolot dan mundur.
·      Kuasa-kuasa Barat ini menguatkan lagi konsep modenisasi melalui sistem pendidikan dan komunikasi.
·      Negara-negara Barat juga memburuk-burukkan Islam sebagai agama yang ketinggalan zaman. Mereka juga ingin meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah yang dipimpin oleh orang Islam kerana menolak konsep modenisasi.

C.  Kesimpulan
1.   Kepentingan Terusan Suez bukanlah faktor utama yang mempengaruhi perluasan kuasa Barat ke atas wilayah Uthmaniyyah sehingga 20 Masihi.
2.   Walaubagaimanapun terdapat faktor-faktor lain seperti persaingan kuasa-kuasa Barat, Revolusi Perindustrian, keperluan bahan mentah dan konsep modenisasi juga turut mempengaruhi perluasan kuasa Barat keata sempayar Uthmaniyyah.
3.   Empayar Turki Uthmaniyyah mulai runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar ini berpecah-pecah kerana Negara-negara Eropah yang meraih kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintahan khalifah dihapuskan dan Kerajaan Turki menjadi sebuah republik.


6.  Bincangkan kebangkitan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis sehingga akhir abad ke 19.
A.  Pengenalan
1.   Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthamiyah. Kelemahan kerajaan Turki Uthamniyah memberikan ruang kepada kuasa Perancis campur tangan di Algeria.
2.   Kuasa-kuasa barat mula membahagikan wilayah dunia Islam. Penjajahan Perancis di Algeria bermula dengan isu kewangan.
3.   Pada akhir abad ke 18 Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria. Campur tangan Pernacis bermula apabila pemerintah Algeria Husain Dey menuntut hutang dari tentera Perancis yang masih tertunggak untuk pembelian gandum.
B.  Isi
1.  Penentangan pada zaman Husain Dey
·      Husain Dey ialah pemerintah Algeria yang dilantik oleh Khalifah Turki Uthamaniyah. Beliau ingin mengutip hutang dari Perancis tetapi ditolak.
·      Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada bendera Perancis telah menimbulkan krisis.
·      Keadaan ini telah memberkan peluang kepada Perancis untuk menggiatkan usaha ke arah penjajahan Perancis ke atas Algeria.
·      Ketua Tentera Perancis, Bernard Clausel mempergiatkan lagi penjajahan dengan mendorong kemasukan ramai peneroka Eropah ke Algeria.
·      Mereka telah menceroboh masjid dan tanah perkuburan orang Islam. Keadaan ini mendorong penetangan kuat daripada masyarakat Algeria.
·      Penetangan hebat berlaku pada tahun 1830 – 1840.
2.  Penentangan oleh Amir Abdul Qadir
·      Pada tahun 1832, penentangan terhadap Perancis yang sangat hebat dipimpin oleh Amir Abdul Qadir. Beliau ialah seorang tokoh ulama, politik dan tentera.
·      Pengalaman beliau di Mekah, Damsyik dan Baghdad telah menanam semangat kepimpinan dalam dirinya. Sebagai seorang Amir beliau telah menyatupadukan pelbagai puak untuk menentang Perancis.
·      Beliau telah mengistiharkan jihad pada tahun 1832. Penetangan beliau berlangsung sehingga 1842 dengan beliau menggunakan taktik gerila.
·      Beliau telah bergabung dengan Al Mazi untuk menentang Perancis di wilayah Oran.
·      Beliau berjaya menggerakkan penduduk Algeria dan menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim.
·      Sepanjang penentangan selama 10 tahun beribu-ribu umat Islam telah terkorban. Gabenor Jeneral Perancis Thomas Robert Bugeanud telah menyerang secara berterusan dari tahun 1841 – 1847.
·      Bugeanud bertindak ganas dengan memusnahkan tanaman, petempatan dan ternakan penduduk dan penduduk Algeria sangat menderita.
·      Oleh itu tentera Islam tidak dapat bertahan dan Amir Abdul Qadir terpaksa menyerah diri.
3.  Undang-Undang 1848
·      Undang-undang 1848 membahagikan Algeria kepada dua kumpulan masyarakat iaitu masyarakat Eropah yang hidup mewah dan masyarakat Islam yang hidup menderita.
·      Penduduk Eropah menyokong peluasan kuasa dengan Raja Napoleon III  memberikan tanah yang dirampas daripada penduduk Algeria kepada syarikat Perancis.
·      Syarikat ini kemudiannya mengupah penduduk tempatan untuk bekerja di ladang-ladang mereka. Oleh itu keadaan ekonomi masyarakat tempatan semakin merosot.
4.  Pemberontakan Kabylia
·      Penjajahan Perancis banyak menindas masyarakat tempatan sehingga penduduk di kawasan Kabylia melancarkan pemberontakan.
·      Pemberontakan ini kemudiannya merebak ke kawasan lain. Lebih kurang 1/3 penduduk Algeria terlibat dalam pemberontakan ini.
·      Pemberontakan ini akhirnya ditumpaskan oleh Perancis pada tahun 1872. Selepas pemberontakan berakhir, masyarakat Algeria menjadi lebih miskin.
5.  Kesan Pemberontakan
·      Pihak Perancis memaksa penduduk tempatan untuk membayar cukai yang lebih banyak untuk menampung perbelanjaan Perancis.
·      Masyarakat Algeria juga tidak dibenarkan berhubung dengan masyarakat Islam lain.
·      Perancis telah bekerjasama dengan golongan ulama dengan melantik mereka sebagai pegawai kerajaan untuk mengelak penentangan peribumi.
·      Perancis juga menghadkan pendidikan orang Islam, mengenakan cukai yang tinggi dan mengadakan undang-undang khas untuk mengawal masyarakat tempatan.
C.  Kesimpulan
1.   Perancis telah menyekat kegiatan golongan peribumi, namun menjelag tahun 1900 muncul golongan modenis Islam Algeria.
2.   Mereka berjuang dengan cara yang berhemah untuk mendaptkan kebebesan daripada penjajahan Perancis.






No comments:

Post a Comment