Saturday, August 22, 2015

PERCUBAAN P2 (SET2) 2015

1. Bincangkan peranan perlembagaan Madinah dalam menyelesaikan masalah masyarakat di Madinah?
A.  Pendahuluan
1.   Menurut Prof. Muhammad Hamdulillah Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Digubal oleh Nabi SAW berteraskan al-Quran dan Sunnah.
2.   Mengandungi 10 bab 47 fasal yang telah berjaya menyelesaikan masalah masyarakat berbilang bangsa dan perpaduan.  
B.  Isi
1.  Menyatupadukan masyarakat Madinah
·      Sebelum ini masyarakat Madinah berpecah belah seperti puak Aus dan Khazraj. Masyarakat Yahudi pula sebagai penghasut.
·      Melalui perkembangan Madinah fasal 1 Islam disatukan sebagai 1 umat.
·      Melalui fasal 25 pula orang Islam dan Yahudi disatukan menjadi 1 umat.
·      Dengan ini perlembagaan telah memantapkan ukhwah masyarakat Madinah.
2. Menjamin kebebasan beragama
·         Perlembagaan Madinah fasal 25 menjamin kebebasan beragama kepada Yahudi.
·         Dengan ini tiada sebab kaum Yahudi untuk menentang pemerintah kerana hak beragama mereka dijamin.
3.  Konsep persamaan dan keadilan
·      Masyarakat Madinah diberikan hak yang sama dalam menjalani kehidupan sosial dan keadilan persamaan mendapat layanan, jaminan keselamatan, mencari rezeki dan keadilan undang-undang.
·      Dengan ini rakyat berpuas hati dengan pemerintah.
4.  Keselamatan Madinah tanggungjawab bersama.
·      Seluruh masyarakat Madinah tanpa mengira bangsa dan agama bersama-sama menjaga keselamatan Madinah dari sebarang ancaman musuh.
·      Dengan ini tiada satu kaum pun terlepas dari tanggungjawab membela negara dan menimbulkan rasa tidak puas hati pihak lain.
·      Ini juga telah menanam perasaaan patriotik cintakan negara.
5.  Perundangan
·      Fasal 13 larangan menzalimi, penganiayaan dan perseteruan serta fasal 21 Qisas dan Tanzil bagi pembunuhan dan larangan diperuntukkan agar masyarakat hidup dengan harmoni tanpa menzalimi, menganiaya dan bergaduh satu sama lain.
·      Qisas dan Tanzil adalah undang-undang pencegahan agar masyarakat berbilang kaum hidup aman tanpa perbunuhan.
C.   Kesimpulan
·      Sesungguhnya Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi SAW tepat dan sesuai diaplikasikan terhadap masyarakat Madinah yang berbilang bangsa dan agama.
















2.   Nabi Muhammad SAW  bukan sahaja dianggap sebagai seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan.
A. Pendahuluan
1.   Nabi Muhammad diputerakan  pada 12 Rabiulawal tahun gajah. Baginda dibesarkan oleh datuknya, iaitu Abdul Muttalib dan bapa saudaranya Abu Talib.
2.   Baginda dilantik secara   rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun. Baginda menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16 ogos 610M.
3.   Baginda mula menjalankan kegiatan dakwah secara sulit selama 3 tahun dan kemudian aktiviti dakwah dilakukan secara terbuka.
4.   Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang negarawan.

B.  Isi
Sebagai seorang Nabi dan Rasul
1.   Baginda diakui sebagai nabi dan rasul melalui kitab- kitab suci al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur, Taurat dan menerusi fakta sejarah Bahirah, seorang pendeta Kristian telah menyatakan adanya tanda-tanda kenabian dan kerasulan pada diri Nabi Muhammad s.a.w.
2.   Baginda mempunyai sifat-sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Baginda menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia secara berperingkat. Sebagai  seorang pendakwah, nabi telah menunjukkan sikap lemah lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh terhadap akidah Islam walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan tentangan daripada musyrikin Mekah sehingga mereka berkomplot untuk membunuh Nabi.
3.   Baginda melakukan  aktiviti dakwah penuh dengan dedikasi dan tidak pernah menunjukkan kuasa luar biasa walaupun dianugerah pelbagai mukjizat oleh Allah swt.
4.   Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat, nikah kahwin, jenayah, ketatanegaraan dan hubungan antara bangsa yang bersumberkan al-Quran dan hadis.
5.   Selama 13 tahun baginda berdakwah di Mekah, baginda  telah menunjukkan sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas.
6.   Baginda berakhlak menurut akhlak al-Quran sehingga menjadi insan yang paling sempurna dan menjadi ikutan seluruh umat manusia.
7.   Sebagai seorang nabi dan rasul, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut adalah seperti ibadat solat, zakat, puasa dan sebagainya.

B. Sebagai Negarawan
1.  Sebagai pemimpin politik
·      Kecemerlangan kepimpinan baginda terserlah sejak di Mekah lagi iaitu berjaya menyelesaikan masalah perletakan  Hajarul Aswad.
·      Kepimpinan yang matang turut terserlah semasa Perjanjian Aqabah 1 (621M) dan Perjanjian Aqabah 2 (622M).
·      Baginda menggubal Perlembagaan Madinah berdasarkan al-Quran dan hadis yang mampu menyelesaikan semua  masalah di Madinah.  
·      Baginda diiktiraf sebagai ketua negara Islam melalui hubungan diplomatik dengan negara/kerajaan di sekitar Tanah Arab dan luar Tanah Arab seperti Yaman, Ghassan, Hirah, Bahrain, Yamamah, Mesir, Syria, Habsyah, Rom dan Parsi.
·      Baginda memperkenalkan sistem syura untuk membuat perbincangan dan keputusan dalam semua bidang secara kolektif.
2.  Pemimpin masyarakat
·      Baginda berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang terdiri dari suku kaum Aus dan Khazraj di bawah konsep akidah dan mempersaudarakan kaum Ansar dengan Muhajirin berdasarkan konsep ukhwah Islamiah dan bantu-membantu ke arah kebaikan.
·      Penyatuan masyarakat Madinah ini berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
·      Baginda memperkenalkan konsep persamaan taraf dan menaikkan taraf kaum wanita serta menghapuskan batas-batas perbezaan kaum melalui konsep ummah.
3.  Pemimpin Tentera
·      Selepas hijrah baginda telah membentuk dan melatih pasukan tentera Islam serta mengetuai 27 ekspedisi ketenteraan.
·      Baginda telah memperkenalkan etika peperangan yang wajib dipatuhi oleh tentera Islam seperti tidak memerangi golongan yang lemah, tidak memusnahkan harta benda awam dan sebagainya.
·      Baginda mengamalkan sikap amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi pihak musuh, bersikap adil terhadap tentera musuh dan tentera Islam,  contohnya membahagikan harta rampasan perang sama rata.
·      Baginda bertanggungjawab merancang taktik dan strategi peperangan seperti taktik menunggu dan menyerang bertubi-tubi, alsaf, taktik bertahan, penyamaran dan sebagainya.

·      4.  Ketua Hakim
·      Menjalankan tugas sebagai ketua hakim dengan adil dan saksama, wujud penyelarasan hukuman  dan amalan diskriminasi berdasarkan semangat assabiyah  dapat dihapuskan.       
·      Bersifat tegas dalam melaksanakan undang-undang Islam berdasarkan al-Quran seperti  hukuman potong tangan kepada pencuri.
·      Melantik hakim wilayah yang betul-betul layak dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang syariah.
5.  Pemimpin Ekonomi
·      Nabi memperkenalkan      sistem ekonomi baharu yang lebih adil dan saksama serta menghapuskan segala bentuk penindasan khususnya amalan riba, menghapuskan monopoli ekonomi yang diamalkan oleh kaum Yahudi.
·      Berjaya memulih dan memajukan ekonomi umat Islam dengan memajukan aktiviti pertanian seperti mengusahakan tanah-tanah terbiar, menebus tanah milik Ansar yang tergadai ke tangan Yahudi untuk dimajukan.
·      Baginda berjaya menjadikan Madinah sebagai pusat perdagangan Islam, bukan sahaja disebabkan kedudukannya yang strategik bahkan kejayaan baginda membentuk iklim politik yang stabil dan berjaya mewujudkan sistem ekonomi yang adil  
  C.    Kesimpulan
1.   Kejayaan yang dicapai oleh Nabi sebagai pemimpin dalam pelbagai bidang menyebabkan  baginda bukan sahaja sebagai nabi dan Rasul tetapi juga negarawan yang unggul  bagi memimpin umat Islam.
2.   Ketokohan nabi dalam aspek kepimpinan sama ada politik, sosial, ekonomi dan ketenteraan sangat berkaliber.


3.  Bincangkan peranan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.

A.  Pendahuluan :
1.   Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah didatangi oleh Amr bin al-As, salah seorang pemimpin yang diarah oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq untuk memasuki dan membuka negeri-negeri Syria dan Palestin untuk meminta izin membuka Mesir.
2.   Beliau mengingatkan Amr bin al-As agar mengajar anak-anak di Mesir berenang, menunggang kuda, dan riwayat yang baik serta syair yang indah.
3.   Hasil daripada arahan Khalifah Umar ini telah mengembangkan ajaran Islam serta keilmuan di Mesir. Namun begitu, gerakan keilmuan di Mesir hanya tertumpu di kota Fustat dan kota Iskandariah. Para sahabat nabi hanya memilih daerah Fustat (Kaherah) dan Iskandariah sebagai tempat tinggal mereka.  
4.   Hanya selepas Khalifah al-Makmun berjaya menghapuskan orang Kibti dalam pemberontakan pada tahun 216H, barulah orang Islam menguasai Mesir sepenuhnya dan membawa ilmu pengetahuan bercorak agama dan bahasa.

B.  Isi
1.  Sekolah
·      Pemerintah Mesir mendapat idea untuk menubuhkan sekolah yang mana guru-guru terdiri daripada para sahabat.
·      Sekolah ini menggunakan buku-buku hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Para pelajar akan mempelajari ilmu hadis dengan menggunakan kaedah hafalan dan menulis kembali hadis-hadis tersebut.
·      Selain itu, mereka akan mengkaji al-Quran dan hadis serta mengeluarkan hukum-hukum daripadanya.
·      Dari sekolah ini, muncul beberapa ulama yang terkenal seperti Sulaiman bin Aiter Al-Tujaibi dan Abdul Rahman bin Juhirah Abu Abdullah Al-Khaulani.

2.  Institusi masjid
·      Masjid menjadi pusat kegiatan agama di Mesir. Kegiatan agama ini dijalankan secara meluas di Masjid Amru Ibnul al-As di Kota Fustat.
·      Kegiatan ini telah dipelopori oleh para sahabat yang mengunjungi Mesir. Para sahabat berkumpul dan membincangkan serta mencatatkan hadis-hadis mereka. Malah, ada hadis-hadis tersebut hanya diketahui oleh mereka sahaja.
·      Masjid Amru Ibnul al-As dijadikan pusat pengajian dan dikatakan terdapat sehingga 40 kelompok majlis pengajian yang sentiasa dipenuhi oleh pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian.
·      Secara umumnya, kelompok pengajian yang berada di Masjid Amru al-As bukanlah dikhususkan kepada pelajaran ilmu fardu ain sahaja seperti al-Quran, hadis, tauhid, fiqah, dan lain-lain. Bahkan semua bidang ilmu kifayah seperti ilmu hisab, ilmu bintang, dan perubatan turut dipelajari.
·      Antara 8 kelompok majlis pengajian yang terdapat d masjid ini ialah Kelompok Imam Shafi’e, Kelompok Al-Majdiah dan Kelompok Al-Shibiah.

3.  Institusi Kuttab
·      Kuttab ialah tempat belajar yang merupakan bangunan yang berasingan daripada masjid.
·      Kuttab menjadi tempat bagi kanak-kanak untuk belajar pada peringkat permulaan.
·      Mata pelajaran yang diajar ialah al-Quran dan menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan dihafaz di atas luh (papan batu). Guru-guru akan membaca ayat-ayat al-Quran kepada kanak-kanak dan mereka akan menulisnya di atas luh. Setelah itu, guru akan melihat tulisan mereka dan membetulkan sekiranya terdapat kesalahan. Murid-murid akan membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran tersebut. Setelah dapat menghafaz dengan fasih, mereka akan datang semula kepada guru dan menghafaznya di hadapan guru.
·      Selain itu, kanak-kanak di kuttab juga diajar tata bahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah. Di kuttab, ilmu pengetahuan akan diberi secara percuma kepada semua golongan tidak kira kaya atau miskin dan sama ada lelaki atau perempuan.
·      Pembelajaran di kuttab dilakukan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan.

C.  Kesimpulan
1.   Kesimpulannya, perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah dalam bentuk keagamaan dan fardu ain. Namun, ilmu fardu kifayah seperti prosa dan puisi, falsafah, ketuhanan dan perubatan turut berkembang.




4.  Huraikan sumbangan Al-Khawarizmi kepada perkembangan tamadun manusia.
A. Pengenalan
1.   Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. 
2.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
3. Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.
4. Ada yang mengatakan al- Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
5. Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al- Goritmi atau al-Gorism. 
6. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim. 
B. Isi
1. Hasil karya umum
·      Al-Jabr wa‟l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
·      Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
·      Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifar dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. Ini adalah contoh sumbangan beliau dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.  
2.  Hasil Karya Al-Khawarizmi dalam bidang matematik
·      Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
     Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
·           Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. "Mufatih al-Ulum‟ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
·           Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
·           Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
·           Al-Amal bi‟ Usturlab
·           Al-Tarikh
·           Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
3.  Ketokohan al-Khawarizmi  
·      Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. 
·      Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.              
·      Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.  Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. 
·      Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah "Mafatih al-Ulum‟.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.              
·      Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. 
·      Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-Khawarizmi sendiri.
·      Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].  
·      Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah buku.  Satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Sepanyol dan Kristian.              
·      Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.  
4.  Peribadi al-Khawarizmi 
·      Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.
·       Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton mengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperolehi oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.
·      Al-Khawarizmi patut disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....‟ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains‟. 
5. Strategi Pengislaman Sains Matematik
·      Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. 
·      Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yang beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.  
a. Tauhid
·      Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. 
·      Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu simbol kebesaran, kewujudan dan ke esaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. 
·      Setiap falsafah dan epistemologi sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.  
b. Syariah
·      Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak-tanduk masyarakat, keharmonian dan tanggungjawab kepada umat Islam dan hak diri. 
·      Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masalah yang melibatkan perbuatan hukum seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi. 
·      Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan selaras dengan tuntutan syariah.    


c. Akhlak
·      Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.
·       Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. 
·      Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya‟iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.  
6.  Cabang Matematik
a.  Geometri
·      Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat [The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu "geo‟ bererti bumi dan "metri‟ bererti sukatan. 
·      Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. 
b.  Algebra/aljabar

·      Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Karya al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul "Hisab al-Jibra wa al Muqabalah" yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. 
C. Kesimpulan
1.   Hal ini telah membolehkan al Khawarizmi dianggap sebagai penyumbang keilmuan matematik terbesar di dalam peradaban dan pembangunan Islam pada zaman kegemilangannya.
2.   Kejayaan beliau telah memartabatkan keilmuan Islam dalam perkembangan intelektual dunia.




5.  Bincangkan perjuangan Ikhwanul Muslimin dalam gerakan nasionalisme Mesir pada abad ke-20 Masihi.
A. Pendahuluan
1.   Ikhwanul Muslimin diasaskan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna di Ismailiyah Mesir pada tahun 1928. Pertubuhan ini berperanan menyedarkan umat Islam di Mesir agar bangkit berjihad mempertahankan kesucian agama Islam, negara dan hak rakyat pribumi.
2.   Perjuangan Ikhwanul Muslimin meliputi bidang ekonomi, pendidkan, social dan kemasyarakatan.
3.   Hassan al-Banna telah membentuk beberapa jawatan kuasa yang terdiri daripada al- Mursyid al-Am yang bertanggung jawab sebagai pengerusi badan tertinggi Maktabal-Irsyadal-Am dan al-Haya’at al- Ta’Tasisiyyah. Jawatan lain ialah naib Mursyid dan setiausaha Agong.
4.   Beberapa jawatan  kuasa kecil dibentuk yang bertanggungjawab dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kebajikan, kesihatan, penerangan, dan perhubungan antarabangsa.
5.   Ikhwan Muslimin mempunyai 2000 cawangan dengan keahlian 21 juta.

B. Isi
1. Dasar dan matlamat.
·      Matlamat awal perjuangan adalah untuk menggulingkan pentadbiran British di Mesir dan menyelamatkan rakyat Mesir daripada pemikiran sekular.
·      Ikhwan Muslimin berusaha menegakkan kembali agama Islam di Mesir berlandaskan Al-Quran dan sunnah serta menolak modenisasi yang berbentuk sekular yang meresap masuk dalam masyarakat Mesir ketika itu.
·      Dasar perjuangan Ikhwan Muslimin amat konsisten dan tersusun meskipun ramai ahli dan pemimpinnya di penjara dan dibunuh seperti Sayyid Qutub.
·      Pertubuhan ini menentang segala bentuk penindasan dan menolak pembaharuan yang ditiru daripada barat tanpa menyesuaikan dengan syariat Islam. Pada tahun 1946 hingga 1948, Ikhwan Muslimin mengisytiharkan perang terhadap British.
·      Ikhwan Muslimin menjadi semakin agresif semasa pemerintahan  Presiden Gamal Abdel Nasser. Beliau menggesa kerajaan melaksanakan pentadbiran bercorak Islamiah.
·      Pengharaman Ikhwan Muslimin adalah berpunca daripada pertempuran antara mahasiswa Ikhwan Muslimin dengan mahasiswa kerajaan di Universiti al Azhar.

2. Bidang perjuangan
a.  Perjuangan dalam bidang keagamaan dan kerohanian.
·      Gerakan Ikhwan Muslimin menyarankan agar umat Islam Mesir bangkit berjihad dengan mengamalkan ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis.
·      Mereka menyeru rakyat Mesir menghapus segala bentuk khurafat dan tahyul yang boleh menghalang kemajuan pemikiran mereka. Ikhwan Muslimin menjalankan gerakan Islah ke seluruh Mesir.
b.  Perjuangan dalam bidang ekonomi.
·      Gerakan Ikhwan Muslimin memberi tumpuan kepada bidang ekonomi bagi meningkatkan dana seperti membuka kilang tekstil dan syarikat penerbitan.
·      Pendapatan lumayan daripada kegiatan ekonomi dapat disalurkan untuk membantu perjuangan gerakannya ke seluruh Mesir.
·      Perjuangan ini membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Mesir dan mengurangkan kebergantungan kepada penjajah.
·      Ikhwan Muslimin juga menubuhkan Syarikat al-Muamalat al- Islamiah.
c.  Perjuangan dalam bidang kebajikan.
·      Ikhwan Muslimin telah menubuhkan Qism al-Birr wal Khidmat (Badan Kebajikan Sosial) yang berdaftar dengan Kementerian Sosial Mesir.
·      Mereka juga membuka sekolah-sekolah dan pusat kesihatan di seluruh negara.
·      Ikhwan Muslimin mengesa kerajaan agar melaksanakan program pembangunan yang seimbang dan sesuai dengan tuntutan agama.
·      Perjuangan dalam bidang kebajikan berjaya meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan ilmu dalam menghadapi cabaran semasa, khasnya ideologi barat.
d.  Perjuangan dalam bidang politik.
·      Ikhwan Muslimin menyeru rakyat melakukan perubahan dalam pentadbiran negara.
·      Gerakan ini mengajak rakyat menggulingkan pemerintahan  beraja Mesir bersifat pro-Barat, boneka dan autokratik.
·      Gerakan ini bimbang dengan kewujudan golongan elit Mesir yang terpengaruh dengan ideologi barat seperti  Syaikh Ali bin Abdul Raziq yang menyokong pemisahan agama dan politik.
e.  Perjuangan dalam bidang pendidikan dan keilmuan
·      Ikhwan Muslimin menentang keras usaha untuk meniru kemajuan barat secara membuta tuli dan pemujaan terhadap kebandaan yang bercanggah dengan tuntutan Islam.
·      Gerakan ini lebih memberi  fokus   keapada Islam sebagai al-Din berbanding dengan fahaman yang berasaskan pemikiran manusia.
·      Gerakan Ikhwan Muslimin memberi penekanan kepada 6 perkara dalam bidang pendidikan. Sebuah jawatan kuasa khas telah ditubuhkan.
f.  Perjuangan demi kepentingan umat Islam global
·      Ikhwan Muslimin mengadakan hubungan yang akrab dengan negara-negara Islam yang lain.
·      Tindakan ini dapat mengukuhkan perjuangannya di Mesir sekaligus mengeratkan hubungan Islam termasuk membantu umat Islam yang ditindas oleh pihak Barat.
·      Ikhwan Muslimin mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh tersohor seperti Muhamad Rasyid Rida dan Farid Wajdi.
·      Pada tahun 1930an Ikhwan Muslimin telah menghantar bekalan  makanan ke Palestin dan menubuhkan kumpulan separa tentera yang dikenali sebagai Rovers and Battalions.
3.  Bentuk dan Saluran perjuangan.
a.  Risalah
·      Surat-surat dakwah dan nasihat yang dihantar kepada pihak pemerintah. Sebahagian besarnya adalah karya Hassan al-Banna.
b.  Majalah Mingguan
·      Pada tahun 1932, Ikhwan Muslimin menerbitkan majalah mingguan untuk menyampaikan idea perjuangan kepada masyarakat umum.
·      Pada peringkat awal idea perjuangan berfokus kepada isu keagamaan, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat.
c.  Tunjuk perasaan atau protes.
·      Pada peringkat seterusnya idea perjuangan politik dengan menganjurkan protes kepada kerajaan boneka Mesir.
·      Ikhwan Muslimin menentang penindasan serta idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan pengaruh agama dan nilai tradisional.
d.  Akhbar Harian dan Majalah
·      Akhbar harian bagi gerakan ini ialah Ikhwanul Muslimin. Manakala majalah yang diterbitkan ialah al-Manar, al-Ta’aruf, al-Syu’a, al-Nazhir, al-Syihab, al-Mabahith,  al-Dakwah.
·      Media ini diterbitkan untuk menyampaikan seruan dengan lebih meluas, bahkan dapat menjawab pelbagai tuduhan terhadap Islam dan Ikhwan Muslimin.
C. Kesimpulan
·      Penubuhan Ikhwan Muslimin merupakan  sebahagian daripada senario sosio-politik Mesir kesan daripada reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan barat.
·      Ikhwan Muslim berjaya mengugat kerajaan boneka sekular.
·      Pada 13 Januari 1954, Presiden Mesir Presiden Gamal Abdel Nasser telah mengharamkan Ikhwan Muslimin kerana dituduh merancang pemberontakan menjatuhkan kerajaan Mesir.
·      Namun pengaruh Ikhwan Muslimin masih lagi kuat dalam kalangan masyarakat Mesir.








6.  Rasyid Rida dikatakan telah turut mempengaruhi kebangkitan semangat nasionalisma di Syria pada awal abad ke 20. Bincangkan.
A.  Pendahuluan

1.   Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi  negara-negara Arab Islam. Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah.
2.   Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut. Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namum mereka telah menjajah negara tersebut selama tujuh tahun.
3.   Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti Blok Nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapt kemerdekaan penuh.

B.  Isi

1.  Peranan Rasyid Rida
·      Rasyid Rida merupakan golongan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.
·      Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyrakat Islam ketika itu dibandingkan dengan masyrakat kolonial Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada perinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden.
·      Penulisan beliau dalam majalah al-Manar banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan umat Islam ketika itu termasuk di Syria.  
·      Dalam penulisannya Rasyid Rida mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea pembaharuan dan dakwah Islamiah.

Faktor-faktor Lain

2.  Agama
·      Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan pergerakan-pergerakan di Syria.
·      Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin
·      Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin jelas kelihatan apabila golongan Turki muda yang memerintah Turki dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi.  
2.   Bahasa dan kesusteraan
·      Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoriti. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti. Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria.
·      Antara kesan ketara dasar berkenaan ialah perjuangan bahasa oleh golongan minoriti agar diiktiraf seperti bangsa Kurdis yang menginginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang diduduki  oleh puak Kurdis.
·      Di Alexandrett, perkara sama turut berlaku, apabila penduduk kawasan tersebut yang majoritinya berbangsa Turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa Turki.
3.   Peranan pendidikan
·      Sebuah akademi bahasa telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpulkan ahli linguistik di seluruh pelusuk tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
·      Tumpuan akademik bahasa ini adalah untuk menguasai bahasa masing-masing dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara, iaitu bahasa Arab.
·      Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempatan.
4. Kewartawanan (majalah / akhbar)
·       Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme  pembaharuan dan tajdid di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria.
·      Akhbar lain turut membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu, Al-Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Islam.
·      Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah, menerangkan dasar-dasar pan-Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme, nasionalisme, dan mempelopori dialog dan pertukaran idea antara budaya, dan meneroka pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya, serta menangani isu-isu social dan peradaban.
·      Majalah ini dikeluarkan setiap bulan dan tersebar dengan meluas ke seluruh jajahan Islam dalam wilayah Turki, India, Mesir, Syria, Maghribi dan turut diseludup ke Kepulauan Melayu.
5.   Pengaruh luar
·      Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana dasar pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak Barat.
·      Shakid Arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahukan penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.
·      Syaked Arselan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara suka rela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama, iaitu pada tahun 1916.

Kesimpulan
1.   Rasyid Rida adalah merupakan antara orang yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasiomalisma di Syria pada awal abad ke 20.
2.   Walaubagaimanapun masih terdapat kepelbagaian faktor lain yang mempengaruhi kebangkitan semangat nasionalisma di Syria pada awa abad ke 20.